Thursday, 26 September 2013

KENAPA SUARA SAYA MASIH TAK BERUBAH


Menjadi seorang guru memang banyak cabaran dan dugaan
tak kurang juga yang melucukan
Kita rasa bersemangat bila topik yamg kita ajar itu dihayati murid-murid
berdegar-degar keluar dari mulut guru..bagaikan sedang berceramah politik
Murid pula terlopong mendengar dan ada juga yang sibuk nak bertanya

Satu hari anak murid saya bertanya.
"Ustazah , saya nak tanya, ustazah cakap kalau kita bermimpi, lepas tu suara kita berubah.Kenapa suara saya tak berubah pun?".katanya dengan penuh keraguan.

Tergelak dalam hati aku. Murid ni mesti tak faham apa maksud aku.Lantas aku bertanya,
"Apa yang kamu mimpi?"...
"3 kali saya bermimpi, tak ada apa-apa pun."katanya lagi,
" Yelah kamu mimpi ape?" tanya saya lagi.
"Saya mimpi bergaduh dengan Payeh (Kawan nya Faris la agaknya)" katanya

ha ha ha tergelak besar saya. Dah agak dah. Lain yang kita ajar lain yang dia faham.Dia ingat semua mimpi tu boleh ubah suara seluruh dunia. Agaknya kalau setiap mimpi dapat merubah suara kita ...entah ape lah suara kita hari ni ye..

Lalu saya terangkan padanya hakikat yang sebenarnya  iaitu mimpi apa yang sebenarnya...mimpi yang menjadikan seseorang itu sudah cukup umur dan baligh...
sebabnya mengajar bab solat dan puasa mestilah seseorang itu baligh...jadi cikgu kena terangkan lah apa itu baligh.

Kalau murid perempuan  senang lah. pulak tanda-tandanya...
Sebab tu bila mengajar tak boleh nak berkias sangat..direct to the point..
tapi sebenarnya ada murid yang faham dan ada murid yang tak berapa faham
mereka diam dan tertanya tanya seorang diri,,hinggalah habis masa mengajar

Kawan saya dulu masa sekolah menengah,
bila ustaz ni mengatakan bahawa antara lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan
akibatnya boleh mengandung..
apa lagi kawan saya bila naik bas terus bungkus tangan dia dalam tudung labuhnya
takut tersentuh dengan lelaki...nanti mengandung
haha itu pengalaman kawan saya

Saya kadang bergurau juga dengan anak murid saya sekolah rendah
saya cakap lelaki dan perempuan x boleh bersentuh.
mereka semua takut termasuk anak saya yang pernah saya ajar di kelasnya.
Anak saya tanya , "Umi kalau .....bersentuh dengan kawan lelaki dalam kelas dia ni macamana?
Tak mengandung ke?
he he takut dia...saya pesan lainkali duk jauh jauh sikit. tersentuh takpe..tak sengaja
yang pergi sentuh dengannya x boleh...
yelah ..semua benda yang tak sengaja dimaafkan kan?
termakan tak batal puasa
termuntah pun tak batal puasa
jangan terkentut masa solat dah....itu batal

kepada guru dan ibubapa...berilah kefahaman yang betul kepada anak anak kita
jangan berselindung, berkias.
benda yang wajib...patut diberitahu...




No comments: