Tuesday, 26 August 2014

GANGSTER KAH AKU


UPSR hampir tiba..agak seminggu lebih lagi
murid-murid tahun enam seramai 117 orang termasuk yang menumpang
pelbagai kerenah mereka yang perlu kita hadapi
guru kelas pun dah tak sanggup
kaunselor pun dah buat macam-macam
ada yang terpaksa pujuk murid supaya datang ke sekolah
sampai gitu sekali...kate setengah orang yang tak faham dengan tugas guru

ibubapa pun ade yang membiarkan saje apa anak buat
anak2 pulak manja n malas
terutamanya yang kelas hujung,,akhir

semalam guru kelas 6 xxx mengadu
"murid saya ade 3 orang lagi yang belum serah gambar" kata guru kelas kepada saya

sebenarnya gambar tu cikgu minta awal tahun lagi
tapi memang lah budak2 ni buat dek je
sampai lah hari kejadian hampir tiba 
barulah semua orang kalut

aku yang sebagai sup,(s/u peperiksaan) naik angin gak mendengarnya.
aku terus mencari murid yang dimaksudkan
aku pegang pipinya..lagak garang.. terus tanya..bila nak bawa gambar
"esok cikgu"
memang la esok esok dah lama bermain di bibir mereka

pagi tadi aku tanya lagi
sorang dah bawa
sorang memang dah lama tak datang sekolah
sorang lagi tertinggal

aku ugut lagi
malah murid tu terus tanya dengan selamba
"cikgu nak tampal atas meja ke. "
"ye" , jawab saya dengan nada marah.
"kalau awak tak bawa lagi esok , saya akan potong kepala awak letak atas meja"..macam gangster aku ..lagaknya tapi dalam hati nak tergelak jugak...entah macam mana terkeluar perkataan tu dari mulut aku.
lagak aje lebih sebenarnya...dah bila hari2 minta ..tak bawa ..cikgu mana tak mengamuk
banyak lagi kerja kita nak buat,,,,

terfikir lak aku.. ganas ke aku ni..
macam gangster ke aku ugut nak potong kepala
kasar bunyinya..tapi itu lah 
bila dah macam2 kerenah ...tiba2 aje rasa nak duk rumah diam2...makan tidur aje
malas nak fikir semua ni
tapi malam ni hope dapat tidur lana
dah banyak malam aku tidur lewat 
mengisi markah ujian lisan pafa dan peka

beginilah nasib seorang guru
hadapi lah denga tenang 
moga di permudahkan segala urusan untuk hari2 seterusnya


No comments: